logo
01 02 03
Objektif

  • Membentuk sahsiah jati di masyarakat melalui pendekataan keagamaan, kebajikan, kesedaran kebangsaan kecemerlangan serta disiplin diri.
  • Menerapkan budaya kerja sukarela melalui aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pasukan-pasukan hingga ke peringkat akar umbi dengan cara pendekatan dakwah bil-hal.
  • Mengwujudkan rangkaian jaringan pasukan-pasukan Sukarelawan Al-Falah di peringkat Negeri/Daerah/Kampung/Taman/Sekolah/kelab/organisasi hingga ke peringkat akar umbi dengan menyemarakkan kegiatan-kegiatan yang mendatangkan kebaikan kepada diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
  • Menyatukan golongan remaja dan dewasa dalam satu aktiviti dengan berlandaskan konsep kasih sayang yang berprinsipkan semua umat Islam adalah bersaudara tanpa mengira kaum dan agama.
  • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat berteraskan dakwah bil-hal kepada masyarakat agar konsep kerja-kerja kebajikan dapat aplikasikan kepada semua golongan.
  • Menjalinkan kerjasama dengan semua agensi kerajaan dan swasta, NGO, badan sukarela dalam dan luar Negara.
  • Membina imej Islam sebagai agama benar dan adil, supaya lebih ramai orang tertarik kepada Islam.