logo
01 02 03
Wadah Sumbangan

Sumbangan dari pihak organisasi, institusi dan individu dalam bentuk kewangan dimana wang sumbangan akan ditukar dalam bentuk barangan keperluan

Para penyumbang akan diberikan pengecualian cukai seperti yang diwartakan dalam warta Kerajaan – G.N. 3395 bertarikh 25hb Januari 1974 – HQ 162/2077 di atas setiap sumbangan yang diberi.

Antara rasional yang wujud ialah :-

1. Sukarelawan al-Falah YADIM sebagai penyelaras kepada misi bantuan dengan memastikan bantuan yang disumbangan benar-benar disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

2. Bantuan yang banyak tetapi tidak memenuhi keperluan asasi bagi golongan yang memerlukan kadangkala berlaku pembaziran

3. Mengelakkan bantuan diselewengkan oleh orang yang tidak bertangungjawab

4. Bantuan yang dikumpulkan dapat disampaikan dengan cepat dan tepat, tidak perlu masa untuk mengumpul dana.

HIKMAH MENDERMA

1. Mengelak berlakunya keciciran sekolah di kalangan kanak-kanak miskin.

2. Meringankan tanggungan ibubapa @ penjaga yang berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai.

3. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan mangsa.

4. Membantu mengurangkan beban orang fakir dan miskin serta anak yatim.

5. Meringankan tanggungan mangsa yang berpendapatan rendah atau mempunyai tanggungan yang ramai.

6. Mempertingkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan mangsa.

7. Menanam kesedaran pentingnya sifat bantu-membantu dikalangan masyarakat dan melahirkan masyarakat.

8. Mempromosikan konsep “kami prihatin” dan menanam rasa syukur dan dihargai oleh mangsa bencana.

DERMA DAN PEMBIAYAAN

Sebarang bentuk bantuan kewangan, amal jariah ataupun bantuan material seperti bahan-bahan barangan makanan asasi, barangan makanan nutrisi, barangan makanan tin, pakaian, alatan persekolahan, barangan keperluan penginapan dan sebagainya bolehlah disalurkan kepada saluran-saluran seperti berikut:

Bantuan Kewangan:

1: “Bank in” ke dalam akaun (Sukarelawan al-Falah)

A/C: 5641 0000 7486 – Maybank Berhad
Nama A/C: Sukarelawan al-Falah


Sila hubungi urusetia Al Falah di 03-40443077 untuk maklumat lanjut.

2: “Cek” atas nama Sukarelawan al-Falah

Disclaimer: Pihak Sukarelawan al-Falah tidak menggalakkan segala derma berbentuk wang tunai diberi kepada wakil-wakil dan mana-mana pegawai Sukarelawan.

PENUTUP

Pihak Sukarelawan al-Falah amatlah berbesar hati di atas segala bantuan samada dalam bentuk kewangan, material, tenaga dan nasihat dalam merealisasikan harapan kami untuk menjayakan program wakaf ini. Semoga, segala bentuk bantuan yang telah dan akan diberikan akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah s.w.t.

Sehubungan dengan itu pihak kami membuka peluang ini kepada mana-mana pihak sekiranya ada sebarang malumat tentang penaja untuk membiayai atau sesiapa sahaja yang ingin menyumbang di dalam program bagi menjayakan hasrat murni ini. Kami berdoa, moga-moga dengan adanya program wakaf ini, syiar Islam di Malaysia akan terus berkembang maju selaras dengan pembangunan fizikal negara ini. Wassalam dan Jutaan Terima Kasih.